TuneList - Make your site Live

B>O>I>K>O>T

on Thursday, 14 August 2014
Assalamualaikum W.B.T.

I'AM BACK !!!!

Setelah sekian lamanya blog ini menyepi. Kini, aku cuba untuk post satu rencana. Sebenarnya kaluu ikutkan fizikal dan kudrat aku ni malas sangat-sangat nak post. Tapi, hati ini teringin sekali untuk post something kat blog yang dah berhabuk ni. Mula-mulanya aku takde point la nak post kat blog sebab idea tu memang takde langsung. Dah tahu takde idea tapi nk post gak. Hahaha.....

Fikir punya fikir punya fikir...........

Akhirnya dengan malas-malas aku ni teringin gak nak kongsi dengan korang tentang BOIKOT yang tengah hangat diperkatakan apabila negara kita digemparkan dengan kekejaman dan serangan besar-besaran tentera ZIONIS ISRAEL terhadap penduduk Gaza, Palestin. Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, marilah kita sama-sama bertafakur dan berdoa sebentar untuk saudara Islam kita disana. Amin....

Ramai di kalangan kita sibuk melaungkan boikot tanpa melihat pro dan kontra, tanpa ilmu pengetahuan atau kajian yang terperinci. Kita kena fikir juga, tidak semua barangan atau produk yang telah mereka kita keluarkan harus di boikot. Memang tak salah kalau kita nak boikot sesuatu produk. Tapi mestilah kena dengan caranya. Sebelum ini, aku ada tengok satu video dimana sekumpulan lelaki yang menaiki satu kereta pergi ke McD lalu order melalui lorong pandu lalu. Kalau order lepas tu bayar takpe la.... Ini sebaliknya, aku rasa korang pon mesti dah tegok video tu kan ? 

Semua pengetahuan ini sangat penting bagi mengelakkan kita memboikot semua produk Yahudi, kerana kebergantungan Malaysia terhadap produk Yahudi sangat besar peratusannya. Mari kita lihat dari segi struktur ekonomi Malaysia, bukankah banyak bergantungan kepada negara-negara luar terutamanya Amerika Syarikat. Bayangkan sekiranya kita menutup pintu perdagangan dengan semua syarikat Yahudi yang wujud di Malaysia, pastinya ramai rakyat Malaysia yang menganggur, kemiskinan meningkat, inflasi tinggi, nilai eksport kita rendah, krisis ekonomi, pelaburan dari luar merudum, dan yang paling teruk ramai orang Melayu Islam yang akan paling merasa tempiasnya. 

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, ada juga syarikat Yahudi yang menentang peperangan ke atas Gaza selain menyifatkan langkah boikot ke atas semua produk Israel disifatkan sangat mustahil direalisasikan.

"Kita tahu tidak boleh boikot semua produk Yahudi. Ada juga barangan mereka yang tidak menyumbang terhadap dana perang Israel,"

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyenaraikan hanya empat produk yang diboikot iaitu Colgate, Starbucks, Coca-cola dan McDonald's. Ia dikenal pasti hasil jualan produk ini menyumbang kepada tabung Israel Yahudi. Dan usaha ini tidak akan memberi impak yang besar kepada ekonomi Malaysia dan rakyat juga tidak ‘mati’ jika tidak menggunakan empat produk ini. Banyak lagi pengganti jenama produk ini jika ia diboikot.

Sama-samalah kita renungkan sejenak, memang mustahil untuk kita memboikot kesemua produk-produk yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat yahudi. Lakukanlah apa pon yang korang boleh lakukan bagi membantu saudara kita disana. Tapi, kita mesti beringat ! Lakukan dengan cara yang betul dan bukannya dengan cara yang memalukan diri sendiri. Lebih-lebih lagi janganlah kita boikot sampai nak memalukan bangsa dan negara.

“Para pembela zionis termasuk yang ada di Malaysia ini gagal membeza antara 'memboikot produk Israel dan yang menyumbang kepada Israel' dengan produk orang Yahudi,” - Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin


اللَّهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ ،

Ya Allah, berilah kami petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk

وَعَافِنَا فِيمَنَ عَافَيْتَ

Selamatkanlah kami dalam golongan orang-orang yang Engkau telah pelihara

وتَوَلَّنَا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ ،

Uruslah kami di antara orang-orang yang telah Engkau urus

وَبَارِكْ لَنَا فِيمَا أَعْطَيْتَ ،

Berkahilah kami dalam segala sesuatu yang Engkau telah berikan

وَقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ ،

Hindarkanlah kami dari segala bahaya yang Engkau telah tetapkan

إِنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ ،

Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan bukan yang ditentukan

وَإِنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ،

Sesungguhnya tidak akan jadi hina orang yang telah Engkau lindungi

تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ

Engkau wahai Rabb kami adalah Maha Mulia dan Maha Tinggi.

(HR Thabrani 3/123)

اللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلَامَ وَ الْمُسلِمِين

Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum Muslimin

اللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَاننَاَ الْمُسلِمِين وَ المُجَاهِدِينَ فِي فِلِسْطِين

Ya Allah, tolonglah kaum Muslimin dan Mujahidin di Palestina

اللَّهُمَّ ثَبِّتْ إِيمَانَهُمْ وَ أَنْزِلِ السَّكِينَةَ عَلَى قُلُوبِهِم وَ وَحِّدْ صُفُوفَهُمْ

Ya Allah, teguhkanlah Iman mereka dan turunkanlah ketenteraman di dalam hati mereka dan satukanlah barisan mereka

اللَّهُمَّ أَهْلِكِ الْكَفَرَةَ وَ المُشْرِكِينَ

Ya Allah, hancurkanlah kaum kuffar dan kaum musyrikin

اللَّهُمَّ دَمِّرِ الْيَهُود وَ إِسْرَآئِل وَ شَتِّتْ شَمْلَهُم وَ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ

Ya Allah, binasakanlah kaum Yahudi dan pasukan Israel dan cerai-beraikanlah kesatuan mereka

اللَّهُمَّ انْصُرْ المُجَاهِدِينَ عَلَى أَعْدَائِنَا أَعْدَاءَ الدِّين

Ya Allah, menangkanlah kaum Mujahidin atas musuh kami musuh agama

بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ

dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasih

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ

Dan sampaikanlah Sholawat kami kepada Nabi Muhammad.
Amin Ya Rabbal Allamin....