TuneList - Make your site Live

Tirai Baru

on Tuesday, 31 December 2013


Assalamualaikum W.B.T,

First, aku ucapkan selamat tahun baru kepada semua yg telah buka blog aku ni. Seperti mana waktu yg akan terus bergulir dan tidak terasa bahawa kita sudah pon berada di tahun yg baru iaitu Tahun 2014. Semoga tahun ni dapat la kita perbaiki kelemahan diri dan apa yg belum tercapai pada Tahun 2013 akan menjadi kenyataan. Insya'allah jika diizinkan oleh Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui, Amin.

Hari berganti hari,
Bulan berganti bulan,
Tahun pun dah berganti,
Lembaran demi lembaran,
Coretan demi coretan telah dilalui,
Kadang penuh bermakna,
Kadang tanpa bermakna,

Tahun baru semestinya saat yg ditunggu-tunggu oleh setiap masyarakat di seluruh dunia. Selain daripada nak tengok pertunjukan bunga api saja, tapi kerana ingin terus maju kehadapan dengan azam dan harapan yg masih belum mahupun yg sudah tercapai. 

Nua ! Ko ada azam baru tak ???
Azam tahun lepas tercapai tak ???

Hurmm....Kalau nk bercerita pasal azam aku ni, sebenarnya aku xpenah rse nye nk berazam. Mungkin kerana aku jenis yg xsuka kot... Xde lah, aku just xtau nk berazam je. Sebab aku ni jenis yg focus pada apa yg ada depan mata sepanjang melalui hari-hari biasa. Hehehe....

Cukuplah sampai sini je entri yg ni, next time post lagi. Tak tahu la bila.. Hehehe...


P/S : Selamat Tinggal Kenangan & Selamat Datang Harapan... 

Masalah ialah Problem, Problem is Masalah.

on Sunday, 29 December 2013
Ada orang mengatakan seseorang yang hidup tanpa menempuh sebarang rintangan mahupun dugaan adalah manusia yang bertuah. Tapi percaya ke korang bahawa ada manusia dimuka bumi ni xpernah ditimpa masalah. Kalau ada lah, seronok lah dia kn... Aku teringin nak lari daripada masalah, kalau boleh xnk langsung aku bersemuka dengan perkataan "MASALAH" ni. Wikipedia mendefinisikan masalah ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan suatu keadaan yang bersumber dari hubungan antara dua faktor atau lebih yang menghasilkan situasi yang membingungkan atau pun sukar.

Dua faktor tersebut adalah :
a. Masalah biasanya dianggap sebagai suatu keadaan yang harus diselesaikan.
b. Masalah disedari “ ada “ saat seorang individu menyedari keadaan yang ia hadapi tidak sesuai dengan keadaan yang ia inginkan.


Sungguhpun kita cuba untuk lari daripada berdepan dengan masalah. Hidup kita ni x akan terlepas daripada berdepan dengan perkataan itu yang dalam Bahasa Inggeris nye ialah "PROBLEM". Bagi aku, masalah memang membingungkan walaupun ianya sekecil-kecil zarah. Tapi aku tahu, berdepan dengan masalah adalah satu proses untuk kita belajar cara meneruskan kehidupan dimana kita boleh memperbaiki cara kehidupan kita yang berkemungkinan lalai dengan duniawi. 

Kenapa aku post pasal benda ni plak ????

And kenapa aku tetiba rajin nk update blog ni ????

Bukannya apa kawan2, sebenarnya kebelakangan ni aku banyak hadapi masalah dan kesukaran sebagai pelajar universiti. First, aku dalam menghadapi kesukaran dalam subjek yang aku belajar dan mungkin juga aku ni makin lama makin malas. Tapi perkara ni aku masih mampu untuk berhadapan kerana aku yakin aku boleh tempuhnya. 

Sebagai pelajar, duit merupakan 1 masalah utama dalam tempoh pembelajaran. Sebagai contoh duit diperlukan untuk bayar yuran pembelajaran. Mahupun yuran boleh dibayar, sebagai pelajar istilah duit atau wang ini sangat penting. Hal ini kerana, segala perbelanjaan projek, makan minum, sewa rumah atau bilik samada yang menetap dikolej mahupun diluar, transport pun memerlukan duit untuk isi minyak ataupun servis kenderaan bagi sesiapa yang mempunyai kenderaan.

Haishh !!! 

Kenapalah aku mengarut ni... STRESS !!!!

Hahaha... Aku dah terkena jangkitan penyakit stress iaitu penyakit akhir zaman. Menurut sumber, 1 orang daripada 6 orang menjadi gila kerana stress. Kalau asyik stress je memang aku lah yang 1 orang tu. Almaklumlah, kalau stress maknanya banyaklah perkara yang membebankan aku kebelakangani. Tapi ALHAMDULILLAH aku masih bertahan lagi.

Ini kerana ALLAH telah berfirman :


Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)



Bagi sesiapa yang stress tu bolehlah baca doa dibawah ni :



Moga-moga dengan doa ni dapatlah tenangkan fikiran yang telah kusut tu, INSYALLAH...

P/S : nga tension lagi kn stress.. maaf kalau post ni xseronok ketika dibaca....

KIAMAT menurut ISLAM

on Tuesday, 10 December 2013
KIAMAT menurut Agama Islam di tandai dgn:

- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
- Pemusnahan/runtuhnya Kabah
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Kita boleh kirim ribuan wspp mesra, promote, bc yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.

Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"

Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya mmikirkan duniawi drpda akhirat. 

Kerugian meninggalkn solat:

Subuh:
Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur:
Berkat pendapatan akan hilang.
Asar:
Kesihatan mulai terganggu.
Maghrib:
Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isya':
Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.

Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)

Nasihat Kubur:

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHMI. ..

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 [\Snake] yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"


Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Tashirojima , Jepun terkenal dengan nama Pulau Kucing

on Saturday, 7 December 2013

Pulau Toshirojima di Jepun amat dikenali sebagai Pulau Kucing oleh pencinta haiwan ini kerana populasi masyarakatnya hanya sekitar 100 orang yang rata-ratanya adalah nelayan. Dan jumlah tersebut lebih rendah dari jumlah kucing yang terdapat di pulau tersebut.

Seorang nelayan berkata bahawa berpuluhan ekor kucing boleh dijumpai merata tempat sekitar bandar dan kawasan-kawasan perumahan. Menurutnya, mengikut cerita oleh penduduk tempatan kehadiran awal kucing di kawasan itu adalah untuk memburu tikus di ladang-ladang. Namun, selepas industri tersebut gulung tikar ramai penduduk mula meninggalkan pulau tersebut.



"Kucing-kucing liar itu tetap dipelihara penduduk tempatan. Pertambahan haiwan comel ini kini menjadikan pulau tersebut sebagai tarikan pelancong dalam kalangaan pecinta haiwan ini" dipetik dari laporan MailOnline.

Kebanyakan nelayan percaya, kucing-kucing ini membantu mereka dalam meramal cuaca.

"Jika kucing mula membuat bising atau mencari tempat persembunyian dengan memasuki rumah penduduk. Ini bermakna cuaca kurang baik dan nelayan tidak akan turun ke laut." kata seorang penduduk pulau tersebut.

P/S : Meoowww ~

Leessang Ft. Eugene Of The SEEYA - Tears (Monday Couple Version) MV

on Sunday, 1 December 2013

Post pasal Runningman la.... Hehehe.... Fan "Monday Couple" ni mesti la tersangat ramai nye pon kat luar sne... Fan2 dorang ni nk sangat "Monday Couple" ni jadi couple yg sebenar... Sebab kalu kita tengok dorang ni bersama... Memang sepadan lagi secocok la kn.... Orang kata SWEET~ la gitu... Ape la kesudahan "Monday Couple" ni.... Xsabar la plak nk tggu ending the story...