TuneList - Make your site Live

Tashirojima , Jepun terkenal dengan nama Pulau Kucing

on Saturday, 7 December 2013

Pulau Toshirojima di Jepun amat dikenali sebagai Pulau Kucing oleh pencinta haiwan ini kerana populasi masyarakatnya hanya sekitar 100 orang yang rata-ratanya adalah nelayan. Dan jumlah tersebut lebih rendah dari jumlah kucing yang terdapat di pulau tersebut.

Seorang nelayan berkata bahawa berpuluhan ekor kucing boleh dijumpai merata tempat sekitar bandar dan kawasan-kawasan perumahan. Menurutnya, mengikut cerita oleh penduduk tempatan kehadiran awal kucing di kawasan itu adalah untuk memburu tikus di ladang-ladang. Namun, selepas industri tersebut gulung tikar ramai penduduk mula meninggalkan pulau tersebut.



"Kucing-kucing liar itu tetap dipelihara penduduk tempatan. Pertambahan haiwan comel ini kini menjadikan pulau tersebut sebagai tarikan pelancong dalam kalangaan pecinta haiwan ini" dipetik dari laporan MailOnline.

Kebanyakan nelayan percaya, kucing-kucing ini membantu mereka dalam meramal cuaca.

"Jika kucing mula membuat bising atau mencari tempat persembunyian dengan memasuki rumah penduduk. Ini bermakna cuaca kurang baik dan nelayan tidak akan turun ke laut." kata seorang penduduk pulau tersebut.

P/S : Meoowww ~

0 comments:

Post a Comment