Ada orang mengatakan seseorang yang hidup tanpa menempuh sebarang rintangan mahupun dugaan adalah manusia yang bertuah. Tapi percaya ke korang bahawa ada manusia dimuka bumi ni xpernah ditimpa masalah. Kalau ada lah, seronok lah dia kn... Aku teringin nak lari daripada masalah, kalau boleh xnk langsung aku bersemuka dengan perkataan "MASALAH" ni. Wikipedia mendefinisikan masalah ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan suatu keadaan yang bersumber dari hubungan antara dua faktor atau lebih yang menghasilkan situasi yang membingungkan atau pun sukar.
Dua faktor tersebut adalah :
a. Masalah biasanya dianggap sebagai suatu keadaan yang harus diselesaikan.
b. Masalah disedari “ ada “ saat seorang individu menyedari keadaan yang ia hadapi tidak sesuai dengan keadaan yang ia inginkan.
Sungguhpun kita cuba untuk lari daripada berdepan dengan masalah. Hidup kita ni x akan terlepas daripada berdepan dengan perkataan itu yang dalam Bahasa Inggeris nye ialah "PROBLEM". Bagi aku, masalah memang membingungkan walaupun ianya sekecil-kecil zarah. Tapi aku tahu, berdepan dengan masalah adalah satu proses untuk kita belajar cara meneruskan kehidupan dimana kita boleh memperbaiki cara kehidupan kita yang berkemungkinan lalai dengan duniawi.
Kenapa aku post pasal benda ni plak ????
And kenapa aku tetiba rajin nk update blog ni ????
Bukannya apa kawan2, sebenarnya kebelakangan ni aku banyak hadapi masalah dan kesukaran sebagai pelajar universiti. First, aku dalam menghadapi kesukaran dalam subjek yang aku belajar dan mungkin juga aku ni makin lama makin malas. Tapi perkara ni aku masih mampu untuk berhadapan kerana aku yakin aku boleh tempuhnya.
Sebagai pelajar, duit merupakan 1 masalah utama dalam tempoh pembelajaran. Sebagai contoh duit diperlukan untuk bayar yuran pembelajaran. Mahupun yuran boleh dibayar, sebagai pelajar istilah duit atau wang ini sangat penting. Hal ini kerana, segala perbelanjaan projek, makan minum, sewa rumah atau bilik samada yang menetap dikolej mahupun diluar, transport pun memerlukan duit untuk isi minyak ataupun servis kenderaan bagi sesiapa yang mempunyai kenderaan.
Haishh !!!
Kenapalah aku mengarut ni... STRESS !!!!
Hahaha... Aku dah terkena jangkitan penyakit stress iaitu penyakit akhir zaman. Menurut sumber, 1 orang daripada 6 orang menjadi gila kerana stress. Kalau asyik stress je memang aku lah yang 1 orang tu. Almaklumlah, kalau stress maknanya banyaklah perkara yang membebankan aku kebelakangani. Tapi ALHAMDULILLAH aku masih bertahan lagi.
Ini kerana ALLAH telah berfirman :
Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan
mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi
tenteram. (al-Ra`d:28)
Bagi sesiapa yang stress tu bolehlah baca doa dibawah ni :
Moga-moga dengan doa ni dapatlah tenangkan fikiran yang telah kusut tu, INSYALLAH...
P/S : nga tension lagi kn stress.. maaf kalau post ni xseronok ketika dibaca....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Listening
Setiap detik amat penting
Salam Perkenalan
- Unknown
Mukabuku Saya
Blog Archive
Followers
Waktu Solat
This is where i am study now. (UNIMAS gemilang)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK)
Ini gambar time aku Lower 6
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment